Monday, July 1, 2013

Tips Penjagaan Batu Batik



Menjaga warna pada fabrik
- Elakkan daripada merendam fabrik
- Elakkan daripada menggunakan serbuk pencuci yang kuat kerana ia melunturkan warna
- Gunakan pencuci sutera yang dikhaskan
- Elakkan daripada menjemur fabrik terus di bawah sinar matahari
- Elakkan daripada menggunakan bahan peluntur kerana ia menyebabkan sutera menjadi reput
- Elakkan daripada menggunakan bahan pelembut kerana ia akan menyebabkan benang sutera  
   mengembang lalu kain akan cepat memeri
- Elakkan daripada memerah fabrik kerana ini akan memintal dan merosakkan aluran urat benang

PENTING
- Kain sutera tidak boleh bersentuh dengan spirit atau alkohol
- Elakkan daripada minyak wangi terkena secara terus dengan sutera
- kerana ia akan jadi berkedut dan tidak akan kembali licin seperti asal